Thursday, March 11, 2010

Sungai Tesung



Bagi sesiapa yang sukakan pengalaman bersantai di tepi sungai, saya ingin cadangkan pergilah ke Sungai Tesung....tempatnya yang jauh dari pencemaran dan hiruk pikuk bandaraya yang pastinya akan mengundang ketenteraman dan kedamaian....(memang best kat situ...berbaloi-baloi walaupun saya dari kl)



Sungai Tesung terletak selepas Sungai Kelah Hotspring. Untuk ke sana, anda akan melalui kawasan perkampungan orang asli....dinasihatkan agar jangan berhenti untuk memerhatikan gelagat mereka kerana mereka telah memberi amaran yang lebih kurang bermaksud " JANGANLAH GANGGU KAMI, KAMI BUKANYA SEPERTI HAIWAN DI ZOO"....Saya berpendapat pengunjung sebelum ini selalu membuat lawatan ke kampung mereka sehinggakan mereka merasakan seperti haiwan di dalam zoo...(cuak jugak masa lalu perkampungan dorang tu....)


Sesiapa yang ingin ke sana elok lah pergi awal-awal sikit coz kebiasaannya pada waktu cuti ramai yang akan berkunjung ke sana. Kalau boleh jangan lah bawak kenderaan yang besar kerana parking kat sana susah/terhad....silap ari bulan nak keluarkan kereta susah....kalau boleh parking di bahagian luar n pusingkan kereta siap2..